Lima warga Myanmar ditahan, disyaki diseludup masuk

Lima warga Myanmar ditahan, terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki, dalam operasi PGA di Rantau Panjang/Foto PGA Briged Tenggara

RANTAU PANJANG, 29 September – Lima warga Myanmar yang dipercayai memasuki Malaysia secara haram ditahan bersama seorang lelaki tempatan di kawasan Pengkalan Haram Nasir Hardware, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kelima-lima warga Myanmar gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
  • Anggota PGA mengesan kereta mencurigakan; pemandu melarikan diri sebelum terbabas, ditemui lima warga asing di dalamnya.
  • Pemandu tempatan mengaku menerima upah RM50 setiap migran untuk membawa mereka, atas arahan seorang kenalan.
  • Saringan air kencing pemandu positif syabu; kes disiasat mengikut ATIPSOM, Akta Imigresen dan Akta Dadah Berbahaya.

Kelima-lima warga Myanmar berusia antara 18 hingga 38 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 8.15 pagi anggota PGA mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan.

“Pemandu kereta berkenaan bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan sebelum terbabas.

“Pemeriksaan mendapati lima warga asing berada di dalam kereta itu, terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita warga Myanmar,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Lima warga Myanmar ditahan, terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki, dalam operasi PGA di Rantau Panjang/Foto PGA Briged Tenggara

Katanya, pemandu berkenaan yang juga merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun, turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran.

“Suspek mengaku menerima tawaran daripada seorang kenalan dikenali untuk membawa migran berkenaan ke Kampung Alor Tasek Berangan, Rantau Panjang, dengan upah RM50 bagi setiap migran,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, saringan awal air kencing terhadap lelaki tempatan itu didapati positif syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26(J) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.