Op Luxury: 3,790 kenderaan mewah disita JPJ

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat JPJ Kelantan di Panji, Kota Bharu – Foto RTM

KOTA BHARU, 27 September – Sebanyak 3,790 kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan, (JPJ) menerusi Op Luxury sepanjang tempoh Jun 2025 sehingga Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPJ menjalankan Op Luxury, menyita kenderaan mewah yang didapati tidak mematuhi undang-undang jalan.
  • Kesalahan utama: culas memperbaharui cukai jalan dan insurans, ketiadaan lesen memandu serta pelbagai kecacatan teknikal pada kenderaan.
  • Harga, jenama atau status pemilikan tidak beri keistimewaan; JPJ tegas meneruskan operasi berfokus tanpa kompromi di seluruh negara.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, Negeri Sembilan mencatat jumlah sitaan tertinggi membabitkan 469 kenderaan, diikuti Selangor (410), Kuala Lumpur (382), Johor (367 dan Pulau Pinang (357).

Kesalahan paling banyak dikesan ialah culas memperbaharu cukai jalan serta insurans.

“Kesalahan paling serius yang dikesan dalam Op Luxury ialah kegagalan memperbaharu cukai jalan dan insurans. Selain tidak memiliki lesen memandu selain beberapa kesalahan teknikal lain pada kenderaan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat JPJ Kelantan di Panji, dekat sini.

Dalam pada itu, Datuk Muhammad Kifli menegaskan, harga, jenama atau status pemilikan sesebuah kenderaan tidak memberi sebarang keistimewaan dalam aspek penguatkuasaan.

Pemilik kenderaan mewah bertanggungjawab memastikan kenderaan dan pemandu mempunyai dokumen yang sah serta mematuhi segala mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan sebelum digunakan di jalan raya.

“Ops Luxury akan diteruskan secara berfokus dan tanpa kompromi di seluruh negara, termasuk tindakan terhadap kenderaan yang dikesan tidak mematuhi peruntukan undang-undang, ” tambahnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.