F1 GP Bahrain: Persiapan capai lebih 90 peratus

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif

KUALA LUMPUR, 26 September – Persiapan penganjuran perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini mencapai lebih 90 peratus.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persiapan dilaksanakan dalam tempoh singkat, menuntut penyelarasan rapi setiap aspek penganjuran.
  • Keselamatan dan keselesaan penonton serta personel menjadi keutamaan SIC bagi penganjuran yang selamat dan teratur.
  • Cabaran utama ialah jadual persiapan hanya sekitar dua bulan, memerlukan banyak koordinasi dan kerjasama pihak berkepentingan.
  • Kerjasama diperkukuh bersama KBS dan agensi lain melalui jawatankuasa teknikal untuk selaras kemasukan pengunjung, personel dan kargo melalui KLIA Terminal 1.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, meskipun persiapan dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat, setiap aspek penganjuran diselaraskan sebaiknya.

Menurut beliau, aspek keselamatan dan keselesaan penonton serta personel turut menjadi keutamaan SIC bagi memastikan penganjuran kali ini berlangsung dalam keadaan selamat dan teratur.

“Pelbagai persiapan telah diadakan semenjak dua bulan kita adakan persiapan ini. Cabaran kami adalah persiapan ini agak singkat kali ini, lebih kurang dua bulan sahaja.

“Jadi, banyak koordinasi ataupun banyak kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kementerian-kementerian lain, agensi-agensi kerajaan untuk memastikan perjalanan penganjuran ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Azhan berkata, kerjasama dan koordinasi bersama kementerian serta agensi berkaitan turut diperkukuh bagi memastikan keseluruhan penganjuran perlumbaan berkenaan berjalan lancar.

Ini termasuk kerjasama dengan KBS menerusi jawatankuasa teknikal yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan pengunjung, personel perlumbaan F1 serta kargo logistik melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Terminal 1.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.