Kilang kitar semula, tiga rumah terbakar di Cheras Baru

Facebook: Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah

KUALA LUMPUR, 25 September- Sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Cheras Baru, Mukim Ampang, di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • PGO JBPM Selangor terima panggilan pada 12.37 pagi; jentera BBP Pandan Indah tiba di lokasi pada 12.40 pagi.
  • Laporan awal: anggaran 80 peratus daripada keseluruhan bangunan terbakar; operasi pemeriksaan dan pemadaman lanjut dijalankan.
  • Tiada mangsa dilaporkan; 34 anggota JBPM dari beberapa BBP terlibat bersama Pasukan Bomba Sukarela dan Angkatan Pertahanan Awam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.37 tengah malam sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah tiba di lokasi pada 12.40 tengah malam.

Menurut laporan awal, kebakaran melibatkan sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah dengan anggaran 80 peratus daripada keseluruhan bangunan terbabit terbakar.

Kebakaran berjaya dikawal pada 1.24 pagi, manakala operasi pemeriksaan dan pemadaman lanjut sedang dijalankan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Seramai 34 anggota dari BBP Pandan Indah, BBP Ampang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Hang Tuah terbabit dalam operasi yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.