Hanya Sarawak catat IPU tidak sihat pagi ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September- Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • IPD Serian catat bacaan tertinggi 178, diikuti Kuching, Samarahan dan Sri Aman.
  • Bacaan 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat.
  • Layari laman JAS atau muat turun aplikasi MyJAS EQMS untuk maklumat IPU terkini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 178, diikuti Kuching (166), Samarahan (165) dan Sri Aman (163).

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.