Polis Saratok cekup suspek serang kedai serbaneka dengan api, bahan letupan

Suspek lelaki berusia 36 tahun ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes khianat dengan api di Sri Aman dan Kuching/Foto Polis

SARATOK, 22 September — Seorang lelaki ditahan polis di sebuah rumah di pekan Saratok, malam tadi kerana disyaki terbabit dalam kes khianat dengan api membabitkan sebuah kedai serbaneka di Sri Aman, pada Ahad lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek lelaki 36 tahun ditahan kira-kira pukul 7.15 malam.
  • Saringan air kencing menunjukkan negatif dadah; suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau.
  • Disyaki menggunakan bahan yang mencetuskan kebakaran dalam serangan, dipercayai berkaitan beberapa serangan serentak.
  • Suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut; kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.15 malam.

“Bertindak atas maklumat, suspek telah ditahan di sebuah rumah pada pukul 7.15 malam,” katanya ketika mengesahkan penahanan itu kepada RTM di Kuching, malam tadi.

Menurutnya, hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun pemeriksaan rekod mendapati lelaki berkenaan mempunyai lapan rekod kesalahan jenayah lampau.

Suspek dipercayai antara individu yang disyaki terbabit dalam kejadian pembakaran sebuah kedai serbaneka di Sri Aman pada malam Ahad lalu menggunakan bahan yang mencetuskan kebakaran.

Suspek lelaki berusia 36 tahun ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes khianat dengan api di Sri Aman dan Kuching/Foto Polis

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa serangan yang berlaku serentak di Kuching dan Sri Aman pada hari sama.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis Sri Aman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.