Kes penipuan kripto: Dua warga China didenda

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 21 September – Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM4,700 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas kesalahan terlibat dalam penipuan pelaburan kripto dalam talian yang tidak wujud.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh: Chen Le (36) dan Zhong Guoxuan (31).
  • Didakwa terlibat dalam pakatan jahat dengan tujuan melakukan jenayah mengikut kertas pertuduhan.
  • Kesalahan didakwa berlaku di Marina View Resort, Bandar Baru Permas Jaya pada 11 September.
  • Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha; kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Chen Le, 36, dan Zhong Guoxuan, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa terlibat dalam pakatan jahat dengan tujuan melakukan jenayah, selepas bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Marina View Resort, Bandar Baru Permas Jaya, pada 11 September lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha mengikut peruntukan Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.