Belanjawan Selangor 2027: Pembangunan sukan diharap terus diperkasa

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 September – Pembangunan sukan antara perkara yang diharap diberi perhatian dalam Belanjawan Selangor 2027, susulan kejayaan Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan khusus diperlukan bagi pembangunan atlet dan pengukuhan infrastruktur sukan.
  • Pelaksanaan inisiatif Satu PBT Satu Sukan di bawah RS2 perlu diberi perhatian dan sokongan.
  • Naik taraf kemudahan sedia ada bagi menyokong kecemerlangan atlet Selangor.
  • Belanjawan juga diharap meneruskan Program Tuisyen Rakyat dan sambung projek pengurusan trafik serta tebatan banjir di Sri Serdang.

ADUN Sri Serdang, Abbas Azmi berkata, peruntukan khusus diperlukan bagi memastikan pembangunan atlet serta infrastruktur sukan di negeri itu terus diperkasa.

“Pelaksanaan inisiatif Satu PBT Satu Sukan di bawah RS2 juga perlu diberi perhatian, selain menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menyokong kecemerlangan atlet Selangor.

“Pembangunan infrastruktur turut perlu merangkumi beberapa projek berkaitan pengurusan trafik, khususnya di kawasan yang berdepan keperluan mendesak,”katanya selepas menyertai program “Kita Selangor” di Konti SelangorFM, Angkasapuri.

Selain sukan, beliau berharap Belanjawan Selangor 2027 turut memberi perhatian kepada aspek pendidikan, termasuk meneruskan pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat.

Di kawasan Sri Serdang, beberapa projek infrastruktur sedang dilaksanakan termasuk berkaitan pengurusan trafik dan tebatan banjir.

Beliau berharap projek berkenaan dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.