Banjir: 81 penduduk terjejas di Kelantan, 58 di Pahang

Facebook: APM Gua musang/ Pejabat Kesihatan Daerah Bentong

KUALA LUMPUR, 21 September- Seramai 139 penduduk masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Pahang, setakat pukul 10.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Di Gua Musang, 81 penduduk daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS SK Limau Kasturi 1, melibatkan satu mukim.
  • Di Bentong, 58 penduduk daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS SK Janda Baik.
  • PPS berkenaan mula dibuka semalam susulan banjir.
  • Maklumat dilaporkan melalui portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Gua Musang, Kelantan, 81 penduduk daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, melibatkan satu mukim.

Sementara itu, 58 penduduk daripada 21 keluarga di Bentong, Pahang ditempatkan di PPS SK Janda Baik.

Kedua-dua PPS berkenaan mula dibuka semalam susulan banjir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.