
GEORGE TOWN, 17 September – Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun melecur tahap satu pada tangan dan kaki selepas motosikal miliknya terbakar di Jalan Lenggong, Symphony Park, Jelutong, di sini, semalam.
- JBPM menerima panggilan pada 2.05 petang dan mengerahkan sembilan anggota serta sebuah jentera FRT dan EMRS.
- Mangsa menerima rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans.
- Kebakaran memusnahkan kira-kira 60 peratus motosikal, dipadam sepenuhnya pada 2.26 petang; operasi ditamatkan pada 2.45 petang dan FIO menyiasat punca.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.05 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama sebuah jentera FRT dan EMRS ke lokasi.
“Mangsa menerima rawatan awal di lokasi daripada pasukan EMRS sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” menurut kenyataan bomba menerusi Facebook pada Rabu.
Kebakaran memusnahkan kira-kira 60 peratus motosikal berkenaan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2.26 petang.
“Kerja-kerja overhaul kemudian dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa bara yang boleh mendatangkan bahaya di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.
Operasi memadam kebakaran itu, yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), ditamatkan pada 2.45 petang.
JBPM berkata Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran.