Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri, Labuan hingga 11 pagi ini

Gambar janaan AI

KUALA LUMPUR, 17 September – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga 11 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri terlibat: Kedah, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
  • Amaran bagi kawasan terperinci: Kedah (Langkawi); Melaka seluruh negeri; Johor (Tangkak, Batu Pahat, Muar); Sarawak dan Sabah kawasan tertentu.
  • MetMalaysia: amaran ribut petir jika intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam; amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam.

Negeri yang terlibat ialah Kedah, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah, selain Labuan.

Di Kedah, amaran melibatkan Langkawi, manakala di Melaka membabitkan seluruh negeri.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Tangkak, Batu Pahat dan Muar.

Sementara itu, di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi Mukah; Sarikei (Maradong dan Sarikei); Sibu (Sibu dan Selangau); Bintulu; Miri (Subis, Miri, Beluru dan Marudi); serta Betong (Kabong dan Saratok).

Di Sabah, amaran membabitkan Pantai Barat, Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Tambunan) serta Kudat.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang sedang atau dijangka berlaku.

“Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut MET menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.