Lelaki Australia disyaki bunuh dua anak sebelum bunuh diri di Bali

Media Australia mengenal pasti suspek sebagai Damien John Shaw berusia 56 tahun

DENPASAR, 15 September- Seorang lelaki warga Australia ditemukan meninggal dunia selepas dua anaknya yang masih kecil turut ditemukan mati di sebuah banglo di Bali, Indonesia pada hujung minggu lalu, kata polis pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis syak lelaki itu membunuh kedua anaknya sebelum mengambil nyawanya sendiri berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan isteri.
  • Isterinya dilaporkan berada di Jakarta untuk menziarahi ibu bapanya ketika kejadian.
  • Media Australia mengenal pasti suspek sebagai Damien John Shaw, 56; kedua anak berusia enam dan empat tahun.

Ketua Polis Denpasar, Leonardo David Simatupang berkata keterangan isterinya juga telah diambil untuk siasatan.

“Berdasarkan analisis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan keterangan daripada isteri suspek, lelaki itu disyaki membunuh kedua-dua anaknya sebelum mengambil nyawanya sendiri,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian, isteri suspek yang merupakan warga Indonesia dilapor berada di Jakarta bagi menziarahi ibu bapanya.

Sementara itu, media Australia mengenal pasti suspek sebagai Damien John Shaw, 56.

Mayat Shaw dan dua anaknya, masing-masing kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan kira-kira 10.14 pagi Ahad waktu tempatan.

Menurut halaman LinkedIn milik suspek, Shaw ialah bekas pelaut pedagang yang ketika ini tidak bekerja.

Keluarga itu dilaporkan mula menyewa banglo berkenaan pada 2022. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.