ACLE :JDT siap sedia hadapi cabaran Buriram United

Gambar Hiasan / RTM

JOHOR BAHRU, 14 September – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Xisco Munoz yakin persiapan rapi yang dilakukan pasukannya mampu menjadi sandaran untuk menundukkan Buriram United pada aksi pembukaan Liga Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim esok, meskipun rekod pertemuan sebelum ini lebih memihak kelab gergasi Thailand itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • JDT melakukan analisis aksi terakhir Buriram bawah jurulatih baru Mario Silva untuk sedia hadapi corak permainan lawan.
  • JDT perlu memulakan perlawanan dengan tenaga yang tinggi dan mempamerkan aksi berintensiti tinggi.
  • Pengurus harapkan sokongan padu penyokong di Stadium Sultan Ibrahim sebagai dorongan pada saat sukar.
  • Waspada ancaman Buriram, terutama penyerang Guilherme Bissoli; Mario Silva baru namun cabaran tetap besar.

Beliau berkata persiapan JDT turut melibatkan analisis terhadap aksi terakhir Buriram yang kini dibimbing jurulatih baharu, Mario Silva, bagi memastikan JDT bersedia menghadapi corak permainan lawan.

Munoz berkata JDT perlu memulakan perlawanan dengan bertenaga selain mempamerkan aksi berintensiti tinggi.

Beliau turut mengharapkan sokongan padu para penyokong Harimau Selatan itu untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi memberi semangat dan suntikan kepada pasukan berkenaan. membantu pasukan berkenaan.

“Kami perlu hadir dengan tenaga penuh dan memberikan segala-galanya.

“Kami perlu memulakan perlawanan dengan tenaga yang tinggi dan saya berharap pemain memahami perkara itu.

“Kami juga memerlukan sokongan semua penyokong yang hadir ke stadium esok.

“Kami amat memerlukan mereka untuk membantu pasukan kerana suasana di stadium sangat penting dan pasti menjadi satu lagi dorongan, terutama untuk memberikan suntikan semangat pada saat-saat tertentu apabila kami berdepan situasi sukar dalam perlawanan,” katanya.

Meskipun Buriram hadir dengan jurulatih baharu, Munoz menjangkakan kelab itu masih mengekalkan corak permainan yang hampir sama seperti musim lalu.

Beliau bagaimanapun mengakui JDT perlu berwaspada terhadap ancaman Buriram, khususnya penyerang Guilherme Bissoli.

Sementara itu, Jurulatih Buriran United, Mario Silva mengakui tempoh singkat bersama Buriram menjadi cabaran dalam persiapannya menghadapi JDT.

“Sudah tentu ia sukar bagi saya kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk bekerja bersama pemain. Tetapi seperti yang saya katakan, keadaan ini perkara biasa bagi saya dan tidaklah terlalu sukar.

“Keadaan kelab memerlukan tindakan pantas. Sudah tentu saya berharap dapat bersama pasukan sejak awal, tetapi inilah bola sepak. Sekarang saya berada di sini dan saya bersedia memberikan yang terbaik untuk membantu kelab serta pasukan. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan,” katanya.

Berdasarkan 7 rekod pertemuan sejak 2024, JDT hanya menang sekali ke atas Buriram United manakala 2 aksi berkesudahan tanpa jaringan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.