3,118 warga POLYCC cipta sejarah MBOR menerusi Pertandingan Agentic AI

Foto KPT

SHAH ALAM, 14 September – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melakar sejarah baharu apabila penganjuran POLYCC Agentic AI League 2026 berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “The Largest Participation in an Agentic AI Competition”.

RINGKASAN BERITA AI
  • 3,118 pelajar dan pensyarah POLYCC seluruh negara menyertai pertandingan gamifikasi Agentic AI.
  • Grand Finale di Selangor International Trade Centre menyaksikan enam pasukan berentap merebut gelaran juara.
  • Ketua Pengarah Dr. Shamsuri tekankan terjemah kemahiran AI kepada amalan bilik darjah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan kebolehpasaran graduan TVET.
  • JPPKK lancar POLYCC AI Buddy sebagai platform bantu pensyarah menyediakan bahan PdP dan pentaksiran tanpa pembinaan arahan rumit.

​Pertandingan berasaskan gamifikasi yang berlangsung sejak Julai hingga 31 Ogos lalu itu berjaya menghimpunkan seramai 3,118 pelajar dan pensyarah daripada seluruh institusi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) di seluruh negara.

​Kemuncak pertandingan tersebut diterjemahkan menerusi acara Grand Finale yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini hari ini, menyaksikan enam pasukan terbaik berentap merebut gelaran juara.

​Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, pertandingan ini bukan sekadar menguji keupayaan teknikal warga institusi meneroka kecerdasan buatan (AI) generasi baharu, sebaliknya matlamat utama adalah memastikan kemahiran tersebut diterjemahkan ke dalam amalan sebenar di bilik darjah.

​”Persoalan lebih penting selepas acara akhir ini ialah ke mana kita mahu membawa keupayaan tersebut. Jika pertandingan ini membuktikan pelajar dan pensyarah mampu meneroka teknologi AI yang semakin maju, langkah seterusnya ialah menterjemahkannya kepada amalan sebenar yang memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

​”Kejayaan agenda AI ini tidak boleh diukur hanya melalui lambakan program, pertandingan atau teknologi yang diperkenalkan, tetapi sejauh mana ia benar-benar meningkatkan kualiti pembelajaran serta kebolehpasaran graduan TVET di alam pekerjaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup pertandingan berkenaan hari ini.

​Mengulas lanjut, Dr. Shamsuri turut menyeru pihak kepimpinan di setiap institusi POLYCC agar terus proaktif menyemai budaya AI di peringkat kampus secara menyeluruh.

​”Budaya AI bukan sekadar penggunaan aplikasi, sebaliknya bagaimana teknologi ini dimanfaatkan bagi mewujudkan cara kerja yang lebih cekap, pantas dan berkesan.

​”Jika hari ini kita belajar menggunakan AI, esok kita perlu mampu mencipta nilai melaluinya. POLYCC perlu menjadi institusi yang berani mendepani perubahan dan melahirkan graduan yang bukan sahaja bersedia menghadapi masa hadapan, malah membentuk masa hadapan itu sendiri,” tambahnya lagi.

​Pada majlis sama, JPPKK turut melancarkan POLYCC AI Buddy, sebuah platform pembantu AI khas yang dibangunkan untuk memudah serta mempercepat tugas pensyarah POLYCC dalam menyediakan bahan PdP dan pentaksiran tanpa memerlukan pembinaan arahan (prompting) yang rumit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.