Piala Emas Raja-Raja 2026: Kedah sasar separuh akhir

Foto FB Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah

ALOR SETAR, 13 September -Kedah menyasarkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik pada Kejohanan Bolasepak Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2026 yang bakal membuka tirainya pada 18 September ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barisan menampilkan gabungan pemain muda berbakat dengan pengalaman peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Pelantikan Nelson Sam Martin sebagai jurulatih baharu dijangka memperkuatkan pasukan.
  • Kedah diundi Kumpulan D bersama Melaka, PDRM FA dan Kelantan AZM; mula lawan Melaka, kemudian Kelantan AZM, tutup dengan PDRM FA.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, skuad kali ini menampilkan gabungan pemain muda berbakat yang mempunyai pengalaman beraksi dalam pelbagai kejohanan diperingkat negeri dan kebangsaan.

Ujarnya, pelantikan bekas pemain import Kedah, Nelson Sam Martin sebagai jurulatih baharu pasukan diyakini mampu memperkuatkan pasukan dalam menghadapi saingan kali ini.

“Saya harap dengan barisan pemain yang ada serta bimbingan jurulatih baharu, pasukan dapat memberikan saingan terbaik dan pergi lebih jauh dalam kejohanan kali ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama barisan pemain di sini.

Pada saingan kali ini, Kedah diundi dalam Kumpulan D bersama Melaka, PDRM FA dan Kelantan AZM.

Skuad Hijau Kuning akan memulakan kempen dengan menentang Melaka Jumaat ini, diikuti bertemu Kelantan AZM di Padang UKM Turf pada 19
September.
Kedah kemudiannya akan menutup aksi peringkat kumpulan dengan menentang PDRM FA di pada Ahad depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.