FIFA sahkan Bergson, Tapp layak wakili negara

Gambar Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 13 September – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson da Silva dan pemain pertahanan Brad Tapp layak mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • FIFA mengesahkan Bergson da Silva dan Brad Tapp layak mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.
  • Status Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA.
  • FAM akan terus memberikan kerjasama, mengemukakan dokumen diperlukan dan mengumumkan perkembangan selepas pengesahan rasmi FIFA.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas FIFA selesai membuat semakan terhadap status kelayakan kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan dan peruntukan yang ditetapkan.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan dua pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva dan Brad Tapp layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia,” menurut FAM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, status dua lagi pemain JDT, Manuel Hidalgo dan Shane Lowry, masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA.

FAM berkata pihaknya masih menunggu keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia itu berhubung status kedua-dua pemain berkenaan.

“FAM akan terus memberikan kerjasama dan mengemukakan segala maklumat serta dokumen yang diperlukan kepada FIFA berkaitan proses semakan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

FAM turut memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai status Hidalgo dan Lowry akan diumumkan selepas pihaknya menerima pengesahan rasmi daripada FIFA.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.