Festival Citra Mutiara 2026: Angkat kepelbagaian seni, budaya dan warisan Pulau Pinang

Foto Fail BERNAMA

GEORGE TOWN, 13 September – Usaha memartabatkan seni budaya di Pulau Pinang terus dipergiat menerusi Festival Citra Mutiara 2026 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

RINGKASAN BERITA AI
  • Festival mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui kepelbagaian seni, budaya dan warisan Pulau Pinang.
  • Pemilihan Pulau Pinang strategik kerana kepelbagaian budaya dan peranan sebagai hab pelancongan utama wilayah utara.
  • Inisiatif menyerlahkan elemen seni bertujuan memperkenalkan warisan kepada generasi muda bagi memastikan kesinambungan budaya.
  • Majlis penutupan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib; Ketua Menteri Chow Kon Yeow turut hadir; hampir 50,000 pengunjung.

Festival berkenaan bukan sahaja melengkapkan kalendar pelancongan negeri, malah menjadi platform mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, melalui kepelbagaian seni, budaya dan warisan negeri itu.

Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris berkata, pemilihan negeri tersebut sebagai lokasi festival disifatkan strategik dengan mengambil kira kepelbagaian budaya serta kedudukan sebagai hab pelancongan utama bagi wilayah utara.

“Usaha yang dibuat JKKN untuk menyerlahkan elemen seni dan budaya Pulau Pinang merupakan langkah terbaik bagi memastikan bukan sahaja seni budaya negeri ini terus dimartabatkan, malah dapat diperkenalkan kepada generasi muda supaya mereka mempunyai minat untuk memastikan kelangsungannya dapat diwarisi,” katanya selepas Majlis Penutupan Festival Citra Mutiara, disini.

Festival berkenaan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Festival ini dilihat sebagai ruang memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan selain mengangkat keunikan seni, budaya dan warisan di negeri tersebut.

Hampir 50,000 pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa memeriahkan festival berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.