Pekerja buruh maut selepas motosikal bertembung MPV

Foto RTM

TEMERLOH, 12 September – Seorang pekerja buruh maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 138, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Temerloh, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai K. Paramasivan A/L Kasi, 48, dari Lanchang.
  • Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Lanchang ke Mentakab.
  • Motosikal dipercayai terbabas, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah MPV dipandu lelaki berusia 41 tahun.
  • Mangsa tercampak, terjatuh dan diseret kira-kira 20 meter; kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, K. Paramasivan A/L Kasi, 48, dari Lanchang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Lanchang ke Mentakab.

Ujarnya, motosikal mangsa dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV dipandu lelaki berusia 41 tahun.

Mangsa tercampak sebelum terjatuh dan diseret sejauh kira-kira 20 meter.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.