CAAM sahkan helikopter Flying Doctor terhempas di Long Lellang

Helikopter 9M-LLF terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Tellang petang tadi

MIRI, 8 September – Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang bagi perkhidmatan Flying Doctor terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lelang, Marudi Sarawak, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • CAAM mengesahkan helikopter terhempas.
  • CAAM menerima makluman kejadian daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.
  • AAIB di bawah Kementerian Pengangkutan akan menyiasat mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu terhempas berhampiran lapangan terbang berkenaan.

CAAM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan sedang mengendalikan penerbangan Perkhidmatan Doktor Terbang dengan lima individu termasuk juruterbang ketika kejadian.

Sementara itu, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.