
TOKYO, 8 September – Amaran risiko banjir dan tanah runtuh dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) selepas beberapa kawasan di wilayah Fukushima terjejas akibat hujan lebat.
- Arahan pemindahan tahap empat dikeluarkan untuk enam kawasan, melibatkan kira-kira 4,381 penduduk.
- Sistem pengangkutan awam terjejas, beberapa jalan di Minamisoma ditutup akibat dinaiki air.
- 3,661 sekolah ditutup di 11 wilayah, termasuk Chiba, Tokyo, Kanagawa, Fukushima dan Tochigi.
- Penduduk diminta berwaspada dan patuhi arahan keselamatan, hujan lebat dijangka berterusan hingga Khamis di pantai Pasifik.
Arahan pemindahan tahap empat turut dikeluarkan membabitkan enam kawasan yang melibatkan kira-kira 4,381 penduduk, susulan peningkatan paras air Sungai Sasabe.
Sistem pengangkutan awam, antaranya di Minamisoma turut terjejas akibat penutupan beberapa jalan yang dinaiki air.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan memaklumkan 3,661 sekolah ditutup di 11 wilayah di Jepun pada Isnin, susulan hujan lebat.
“Chiba mencatatkan angka penutupan sekolah tertinggi iaitu 894, diikuti Tokyo (739), Kanagawa (646), Fukushima (454) dan Tochigi (358),”menurut kementerian itu.
Justeru, penduduk disaran terus berwaspada serta mematuhi arahan keselamatan, berikutan JMA menjangkakan hujan lebat berterusan sehingga Khamis terutama di sepanjang pantai Pasifik dari barat hingga timur Jepun.-REUTERS