Lima maut dalam nahas pesawat kargo Amazon di Miami

Foto AFP

MIAMI, 7 September – Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala lima cedera selepas sebuah pesawat kargo Amazon terbabas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada Ahad sebelum merempuh beberapa kenderaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sherif Miami, Rosie Cordero-Stutz berkata tiada ancaman jelas terhadap keselamatan awam.
  • Pesawat Boeing 767 beroperasi sebagai Prime Air Flight 7598 tiba dari Puerto Rico sekitar pukul 2.00 petang.
  • Rakaman video menunjukkan asap tebal keluar dari pesawat; lebih 60 jentera bomba dikejarkan ke lokasi.
  • Semua landasan dan laluan teksi di lapangan terbang ditutup; Amazon sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa siasat punca.

Sherif Miami, Rosie Cordero-Stutz berkata, tiada ancaman jelas terhadap keselamatan awam susulan kejadian itu, namun sekurang-kurangnya lima mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

Pesawat Boeing 767 yang beroperasi sebagai Prime Air Flight 7598 itu tiba dari Puerto Rico sekitar pukul 2.00 petang waktu tempatan.

Rakaman video menunjukkan asap tebal keluar dari pesawat, manakala lebih 60 unit jentera bomba dikejarkan ke lokasi.

Jabatan Bomba Miami-Dade memaklumkan pesawat berkenaan terbabas dari landasan dan melanggar beberapa kenderaan berhampiran lapangan terbang.

Semua landasan dan laluan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami ditutup susulan kejadian itu.

Amazon dalam kenyataan memaklumkan pesawat berdepan insiden ketika cuba mendarat dan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.