PRN Melaka: Kerjasama BN perlu utamakan kepentingan pengundi, negeri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 / Foto BERNAMA

AYER KEROH, 6 September – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diberi mandat merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi BN Melaka Ab Rauf diberi mandat merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk hadapi PRN Melaka.
  • Ahmad Zahid tekankan keputusan kerjasama mesti mengutamakan kehendak pengundi dan kepentingan negeri.
  • Zahid beri arahan supaya Ab Rauf berunding elok-elok demi kepentingan Melaka.
  • Penggal DUN Melaka tamat Disember; persiapan PRN perlu dibuat berasaskan mandat dan kepentingan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berhubung bentuk kerjasama itu perlu mengambil kira kehendak pengundi serta kepentingan negeri.

“Saya tahu pengundi Melaka mahu kita bekerjasama dengan siapa. Saya tahu keputusan yang terbaik yang akan saya buat demi kepentingan Melaka.

“Datuk Seri Ab Rauf, saya beri mandat berunding elok-elok,” katanya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Penggal DUN Melaka dijadual berakhir pada Disember ini.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.