
SHENZHEN, (China), 6 September – Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing terpaksa akur sebagai naib juara Masters China 2026 selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Shenzhen Arena, hari ini.
- Tewas 19-21, 16-21 selepas aksi final selama 50 minit.
- Rekod pertemuan kini 0-1; pertemuan pertama antara kedua-dua pasangan.
- Mencapai pencapaian terbaik sejak digandingkan pada Mac, selepas separuh akhir Terbuka Macau pada Jun.
- Membawa pulang AS$70,000 dan 9,300 mata; dijangka melonjak ke kelompok 50 terbaik dunia.
Pasangan ranking ke-85 dunia itu memberikan tentangan sengit sebelum tewas 19-21, 16-21 dalam aksi final yang berlangsung selama 50 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing ketinggalan 0-1 dalam rekod pertemuan dengan Yan Zhe-Dong Ping, selain menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pasangan.

Bagaimanapun, kejayaan mara ke final kejohanan berstatus Super 750 itu menjadi pencapaian terbaik Pang Ron-Pei Jing sejak digandingkan pada Mac lalu, selepas sebelum ini melangkah ke separuh akhir Terbuka Macau pada Jun.
Pencapaian di Shenzhen turut menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$70,000 (kira-kira RM283,114) serta 9,300 mata yang dijangka melonjakkan kedudukan mereka daripada ranking ke-85 ke kelompok 50 terbaik dunia.