Banjir Nepal : Status 55 rakyat Malaysia masih belum diketahui – KLN

Pasca bencana di Trishuli daerah Nuwakot, Nepal / Foto AFP

PUTRAJAYA, 4 Sept – Seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China, setakat hari ke-10, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • KLN sedang dapatkan pengesahan daripada Kerajaan China mengenai kemungkinan pertindihan laporan rakyat Malaysia di Nepal dan Tibet.
  • Malaysia akan menggerakkan Pasukan SMART selepas kelulusan Nepal; pasukan membawa dron berkeupayaan tinggi dan peralatan menyelamat teknikal.
  • KLN menggunakan sampel DNA, dengan bantuan PDRM dan Jabatan Kimia, untuk pengecaman; orang ramai diminta tidak menyebar spekulasi.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (KLN), pihaknya juga sedang mendapatkan pengesahan daripada kerajaan China berhubung kemungkinan pertindihan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal dan Tibet, China.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terus berhubung dengan pihak berkuasa China, manakala Kementerian Luar turut berhubung dengan Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan rasmi.

Malaysia juga bersedia menyediakan kepakaran mencari dan menyelamat jika diperlukan pihak berkuasa China,” kata kenyataan tersebut.

Kementerian berkata, tindak balas Malaysia terhadap bencana berkenaan diselaraskan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Setakat ini, banjir dan runtuhan glasier serta gunung di sempadan Nepal-China itu meragut sekurang-kurangnya 1,308 nyawa, manakala 5,624 orang masih hilang.

Lebih 800 warga asing turut dilaporkan masih belum ditemukan termasuk pendaki di kawasan pergunungan Himalaya dan pelawat yang berkunjung ke Gunung Kailash di Tibet, yang dianggap suci oleh penganut Hindu dan Buddha.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai di India dan pihak berkuasa percaya mangsa dihanyutkan dari Nepal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.