16,300 kematian akibat gelombang haba di Jerman

Foto AFP

BERLIN, 3 Sept – Jerman mencatatkan sebanyak 16,300 kematian akibat gelombang haba melampau sekali gus rekod tertinggi di Eropah pada musim panas ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majoriti kematian melibatkan warga emas berumur 75 tahun ke atas.
  • Institut Robert Koch melaporkan lebih 30,000 kematian di seluruh Eropah akibat gelombang haba dan kemarau.
  • Bilangan meningkat daripada 15,800 minggu sebelumnya; statistik merangkumi 1 Jun hingga 23 Ogos.
  • Institut menganggarkan 9,600 kematian berlaku antara 22 hingga 28 Jun.

Majoriti kes kematian berkenaan melibatkan warga emas berumur 75 tahun ke atas.

Data rasmi yang dikeluarkan Institut Robert Koch (RKI) menyatakan, negara di seluruh benua Eropah secara keseluruhannya melaporkan lebih 30,000 kematian susulan siri gelombang haba dan kemarau berpanjangan.

“Angka itu melonjak berbanding 15,800 kematian yang dilaporkan agensi kerajaan berkenaan minggu lalu. Perangkaan baharu ini merangkumi tempoh dari 1 Jun hingga 23 Ogos,” katanya.

Institut berkenaan menganggarkan sebanyak 9,600 kematian berlaku hanya dalam tempoh seminggu, iaitu antara 22 hingga 28 Jun.

Rekod tertinggi sebelum ini adalah pada tahun 2018 dengan 8,900 kematian, manakala laporan berasingan oleh penerbitan perubatan pernah menganggarkan 10,000 kematian pada tahun 1994.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.