JAKIM tidak kompromi dengan normalisasi perlakuan songsang

JAKIM tegaskan penglibatan peserta dari Malaysia dalam pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand sebagai sesuatu yang mendukacitakan

PUTRAJAYA, 1 September – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan penglibatan peserta dari Malaysia dalam pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand sebagai sesuatu yang mendukacitakan dan telah menimbulkan keresahan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlakuan songsang jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia.
  • Perbuatan tersebut juga bercanggah dengan perundangan negara; JAKIM tidak akan berkompromi.
  • JAKIM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan untuk tindakan mengikut undang-undang.

Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee menerusi kenyataan menyebut perlakuan songsang yang dikaitkan dengan pertandingan berkenaan jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia.

“Tindakan itu turut bercanggah dengan perundangan di negara ini.

“Sehubungan itu, JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk menormalisasikan perlakuan songsang berkenaan,”menurut kenyataan itu.

JAKIM turut memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi-agensi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Usaha itu termasuk memanggil individu yang berkaitan, berpandukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.