
SEOUL, 1 September — Korea Selatan akan menghantar pasukan bantuan kecemasan seramai 44 anggota ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di wilayah Rasuwa.
RINGKASAN BERITA AI
- Korea Selatan menghantar pasukan bantuan kecemasan 44 anggota ke Nepal untuk operasi mencari dan menyelamat di Rasuwa.
- Pasukan terdiri daripada pegawai kementerian luar dan agensi bomba.
- Mereka akan berlepas menggunakan pesawat pengangkut tentera dan dijangka menjalankan operasi sekitar 10 hari.
Kementerian Luar Korea Selatan berkata, pasukan itu terdiri daripada pegawai kementerian berkenaan serta agensi bomba.
Pasukan berkenaan akan berlepas ke Nepal menggunakan pesawat pengangkut tentera pada Selasa dan dijangka menjalankan operasi selama kira-kira 10 hari. – REUTERS