
SIBU, 29 Ogos — Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar di bahagian leher oleh bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Rantau Panjang Jaya, di sini, semalam.
- Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sibu.
- Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.
- Beberapa barang kes dirampas; ujian saringan air kencing suspek positif dadah; suspek direman sehingga 4 September.
Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sibu.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.
“Beberapa barang kes turut dirampas di tempat kejadian, manakala ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah.
“Suspek direman sehingga 4 September depan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.