
NEW YORK, 28 Ogos – Bekas pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, kini berada pada prestasi terbaik untuk memburu gelaran Grand Slam ketujuh dalam kerjayanya di kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS), selepas menjuarai kejohanan pertamanya musim ini di Kanada.
- Merangkul kejuaraan WTA 1000 yang ke-12.
- Di Cincinnati, empat kemenangan membawa beliau ke separuh akhir dan melanjutkan rekod kemenangan berturut-turut kepada 10 perlawanan.
- Walaupun tewas kepada Jessica Pegula, beliau anggap pusingan Amerika Utara membantu memulihkan keyakinan selepas beberapa kekalahan awal.
Pemain berusia 25 tahun itu mengakhiri kemarau kejuaraan selama 11 bulan menerusi kemenangan ke atas pemain nombor dua dunia, Elena Rybakina, pada aksi final di Toronto dua minggu lalu.
Kemenangan tersebut membolehkannya merangkul mahkota WTA 1000 yang ke-12.
Momentum cemerlang itu diteruskan di Cincinnati apabila beliau mencatatkan empat lagi kemenangan untuk mara ke separuh akhir, sekali gus memanjangkan rekod kemenangan berturut-turutnya kepada 10 perlawanan.
Meskipun tewas di tangan pilihan ketiga, Jessica Pegula, Swiatek tetap menganggap pencapaian di gelanggang Amerika Utara sebagai perkembangan positif bagi memulihkan semula keyakinan diri yang terjejas sebelum ini.
Beliau terkandas pada suku akhir Terbuka Australia di tangan Rybakina, tersingkir di pusingan keempat Roland Garros dan terpaksa merelakan kekalahan di pusingan ketiga Wimbledon sehingga gagal mempertahankan kejuaraannya.- AFP