Jerebu : PDPR di Pulau Pinang, jika IPU cecah 200

Pihak sekolah dan ibu bapa dinasihat memastikan murid-murid membuat persediaan awal khususnya yang mempunyai risiko mengalami masalah pernafasan

GEORGE TOWN, 26 Ogos – Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan di Pulau Pinang, sekiranya indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPNPP ada pasukan khas memantau jerebu, mengutamakan keselamatan, kesihatan dan keselesaan warga sekolah.
  • Pemantauan IPU dibuat setiap hari di empat stesen: Minden, Balik Pulau, Seberang Jaya dan Perai.
  • Sekolah dan ibu bapa dinasihatkan sediakan murid awal, terutama mereka berisiko mengalami masalah pernafasan.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohamad Dziauddin Mat Saad memaklumkan pendekatan itu selaras panduan Kementerian Pendidikan (KPM)
menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan pengurusan sekolah ketika jerebu.

“JPNPP mempunyai pasukan khas memantau keadaan jerebu dengan keutamaan diberi kepada keselamatan, kesihatan dan keselesaan warga sekolah.

“Pemantauan trend bacaan IPU secara harian turut dilaksanakan di empat stesen pemantauan IPU di Pulau Pinang termasuk Minden, Balik Pulau, Seberang Jaya dan Perai,”katanya.

Beliau dalam pada itu, menasihatkan pihak sekolah dan ibu bapa memastikan murid-murid membuat persediaan awal khususnya, mereka yang mempunyai risiko mengalami masalah pernafasan.

Beliau terdahulu meninjau tahap kesiapsiagaan menghadapi jerebu di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.