Persidangan Asia KLEMS 2026 kongsi amalan terbaik tingkat daya saing ekonomi

Persidangan bertemakan “Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing Serantau” itu berlangsung selama dua hari mulai hari ini, di sini. / Portal rasmi KLEMS 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Penganjuran Persidangan Asia KLEMS Ketujuh disifatkan sebagai platform perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam usaha meningkatkan produktiviti serta daya saing ekonomi serantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kepelbagaian pendekatan antara negara menonjol, setiap negara memiliki formula berbeza untuk mencapai pertumbuhan produktiviti lebih tinggi.
  • Penyertaan delegasi pelbagai negara dianggap kelebihan, memudahkan perkongsian ilmu dan pembelajaran aspek teknologi.
  • Keghairahan peserta baharu membuka minat mereka untuk terus menyertai aktiviti seperti ini pada masa hadapan.
  • Persidangan melibatkan 110 peserta antarabangsa, 120 peserta Malaysia, serta 22 kertas antarabangsa dan 12 kertas Malaysia mengenai produktiviti dan jurang negeri.

Delegasi Indonesia, Dr Ibrahim Kholilul melihat kepelbagaian pendekatan antara negara sebagai perkara yang menarik perhatian sepanjang persidangan.

“Topik yang dibincangkan hari ini menunjukkan kepada kita bagaimana setiap negara mempunyai formula yang berbeza untuk mencapai pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi,” katanya.

Wakil Kemboja, Sophea Rith pula menilai penyertaan delegasi daripada pelbagai negara sebagai satu kelebihan kepada persidangan itu.

“Saya rasa program ini sangat baik walaupun kita datang dari negara yang berbeza untuk belajar, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan teknologi,” katanya.

Sementara itu, wakil Filipina, Dan Kenard teruja menghadiri persidangan seumpama itu buat pertama kali.

“Bagi saya, pengalamannya agak mengujakan dan membuka minat untuk terus menyertai aktiviti seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Persidangan bertemakan “Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing Serantau” itu berlangsung selama dua hari mulai hari ini, di sini.

Ia melibatkan 110 peserta antarabangsa dan 120 peserta Malaysia, termasuk wakil kerajaan negeri, agensi, industri, kementerian dan ahli akademik.

Sebanyak 22 kertas pembentangan antarabangsa dan 12 kertas pembentangan Malaysia turut dikemukakan, merangkumi isu tenaga kerja dan modal insan, pertumbuhan produktiviti, perubahan struktur serta jurang produktiviti antara negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.