Trump beri bayangan hidupkan semula projek Keystone XL

Foto REUTERS

WASHINGTON, 19 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi bayangan bahawa projek saluran paip Keystone XL yang dibatalkan oleh bekas Presiden Joe Biden pada 2021, ‘mungkin dihidupkan semula’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keystone XL mencadangkan saluran paip minyak mentah kira-kira 1,900 kilometer dari Alberta, Kanada ke Nebraska, AS.
  • Kanada pengeluar minyak keempat terbesar dunia, dengan kira-kira 90 peratus pengeluaran dieksport ke Amerika Syarikat.
  • Lombong pasir minyak Alberta Utara menyimpan rizab besar, namun kapasiti saluran paip sedia ada hampir mencapai had.
  • Pada April Trump menandatangani perintah untuk memberi permit rentas sempadan, sekali gus menghidupkan sebahagian projek Keystone XL.

Namun, tiada butiran lanjut diberikan dalam hantaran yang dibuat menerusi platform Truth Social.

Projek saluran paip Keystone XL melibatkan cadangan pembinaan saluran paip minyak mentah sepanjang kira-kira 1,900 kilometer dari Alberta, Kanada ke Nebraska, AS.

Kanada merupakan pengeluar minyak keempat terbesar dunia dan pengeksport tenaga utama, dengan kira-kira 90 peratus pengeluaran minyaknya dihantar ke AS.

Lombong pasir minyak di Alberta Utara menyimpan rizab minyak yang besar, namun kapasiti saluran paip sedia ada untuk mengeksport minyak mentah hampir mencapai had maksimum.

Pada April, Trump menandatangani perintah untuk memberikan permit rentas sempadan bagi projek berkenaan, sekali gus menghidupkan sebahagian daripada projek Keystone XL.

Pada 2021, Biden secara rasmi membatalkan permit yang diperlukan untuk membina Keystone XL – projek saluran paip utama terakhir yang dicadangkan antara Kanada dengan AS, selepas mendapat tentangan daripada masyarakat pribumi dan kumpulan aktivis alam sekitar. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.