Kebakaran : Dua maut, ratusan penduduk, pengunjung dipindahkan

Pasukan keselamatan dikerah mengawal kebakaran melibatkan aset antaranya pesawat dan helikopter / Foto AFP

ATHENS, 17 Ogos – Dua maut, manakala lebih 500 penduduk serta pelancong dipindahkan selepas dua kebakaran dilapor berlaku di Pulau Salamis, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat ditemui di kawasan pantai Peristeria kira-kira sejam selepas kebakaran.
  • Penduduk dan pengunjung diarahkan berpindah; lima individu dirawat di klinik kesihatan tempatan.
  • Beberapa kediaman dilaporkan rosak akibat kebakaran.
  • Hampir 200 anggota bomba serta jentera, pesawat dan helikopter dikerah; punca kebakaran masih belum diketahui.

Jabatan Bomba Greece memaklumkan, dua mayat berkenaan ditemukan di kawasan pantai Peristeria, kira-kira sejam selepas kebakaran tercetus.

“Ratusan penduduk serta pengunjung telah diarah berpindah, manakala lima individu dilaporkan telah menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan tempatan.

“Kebakaran turut mengakibatkan beberapa kediaman rosak,”kata Timbalan Jurucakap Jabatan Bomba Greece, Yiannos Artopios.

Dalam pada itu, empat arahan pemindahan telah dikeluarkan Kementerian Perlindungan Awam susulan kebakaran yang berlaku hampir serentak masing-masing di Peristeria dan Selinia.

Pasukan keselamatan turut ditempatkan di lokasi berkenaan bagi membantu pemindahan sementara penduduk serta pengunjung.

Kira-kira hampir 200 anggota bomba telah dikerah mengawal kebakaran melibatkan aset seperti jentera, pesawat serta helikopter.

Punca kebakaran setakat ini masih belum diketahui.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.