Setiap kawasan Parlimen terima peruntukan tambahan RM1 juta

Foto RTM

AYER KEROH, 16 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan disalurkan terus supaya manfaatnya dapat dinikmati rakyat di setiap kawasan.
  • Pemberian bukan berdasarkan kepentingan politik, sebaliknya kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan.
  • Kerajaan melaksanakan projek pembangunan termasuk tebatan banjir dan bantuan kepada petani serta pesawah berdasarkan keperluan.
  • Perkara ini disampaikan dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026.

Beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat di setiap kawasan.

“Pemberian peruntukan berkenaan bukan berasaskan kepentingan politik, sebaliknya bagi memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan,” tegasnya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Beliau menambah, kerajaan turut melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk tebatan banjir serta bantuan kepada golongan petani dan pesawah berdasarkan keperluan rakyat.

“Pendekatan itu selaras dengan prinsip kerajaan untuk melaksanakan keadilan dan memastikan pembangunan dapat dinikmati semua pihak,” ujar beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.