Pertumbuhan KDNK 6.0 peratus cermin pengukuhan ekonomi Malaysia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mencatat 6.0 peratus pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama, mencerminkan pengukuhan ekonomi negara yang didorong peningkatan perbelanjaan isi rumah, eksport serta aktiviti sektor perkilangan dan perkhidmatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengukuhan ekonomi disokong peningkatan perbelanjaan isi rumah dan permintaan domestik yang kukuh.
  • Ledakan eksport dan pengembangan perkilangan E&E khususnya semikonduktor menyumbang kepada pertumbuhan berorientasikan eksport.
  • Pemulihan pasaran gas dan operasi industri pusat data meningkatkan aktiviti sektor perkhidmatan serta menyokong ketahanan ekonomi.

Pakar ekonomi dan Provost Malaysia University of Science and Technology (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, prestasi berkenaan menunjukkan pengukuhan aktiviti ekonomi dalam sektor-sektor utama negara.

“Kenaikan ini dipacu oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah dan ini membayangkan kekuatan ekonomi, selain peningkatan eksport yang melonjak melebihi 17 peratus, manakala import meningkat pada kadar 13 peratus.

“Turut menyumbang ialah peningkatan aktiviti perkilangan produk elektrik dan elektronik (E&E), khususnya semikonduktor, serta pemulihan pasaran gas,” katanya kepada RTM.

Menurut beliau, perkembangan industri pusat data yang mula beroperasi turut menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan sektor perkhidmatan.

“Malaysia juga mengalami peningkatan dalam pembekalan dengan industri pusat data yang telah mula beroperasi dan ini menyumbang kepada peningkatan dalam sektor perkhidmatan.

“Secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia semakin kukuh dari segi pertumbuhan,” katanya.

Prestasi tersebut menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi negara kekal positif, disokong kekuatan permintaan domestik serta perkembangan dalam sektor berorientasikan eksport dan perkhidmatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.