
QUITO, 14 Ogos — Polis Ecuador merampas kira-kira 370 kilogram (kg) kokain yang dibungkus dengan imej penyerang Manchester City dan Norway, Erling Haaland di wilayah Carchi, utara negara itu, pada Selasa.
- Dadah disembunyikan dalam ruang dasar berganda sebuah lori yang ditahan untuk pemeriksaan.
- Pemeriksaan menemui bungkusan disyaki mengandungi kokain.
- Rampasan dipercayai menghalang kira-kira 7.7 juta dos daripada memasuki pasaran.
- Seorang wanita warga Colombia-Ecuador tanpa rekod jenayah ditahan; rampasan dipercayai sebahagian operasi bernilai lebih AS$800,000.
Polis berkata dadah berkenaan disembunyikan dalam ruang dasar dibelakang sebuah lori sebelum ditahan untuk pemeriksaan.
Pemeriksaan menemui kira-kira 370 bungkusan yang disyaki mengandungi kokain dengan berat keseluruhan 370 kilogram.
Menurut polis, rampasan itu berjaya menghalang kira-kira 7.7 juta dos dadah daripada memasuki pasaran.
Seorang wanita warga Colombia-Ecuador yang tidak mempunyai rekod jenayah turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Polis berkata dadah yang dirampas itu dipercayai sebahagian daripada operasi berskala besar dengan nilai pasaran tempatan melebihi AS$800,000. – REUTERS