Tiga bandar di Sudan diserang dron

Foto REUTERS

KHARTOUM, 12 Ogos – Tiga bandar di Sudan termasuk ibu negaranya, Khartoum menjadi sasaran serangan dron secara serentak pada awal pagi Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan menamatkan tempoh tenang yang berlarutan berbulan-bulan di Sudan.
  • Pelancaran peluru berpandu anti-pesawat dilaporkan dari pangkalan tentera Wadi Seidna berhampiran Omdurman.
  • Sejak April 2023 konflik antara Angkatan Tentera dan RSF telah mengorbankan lebih 200,000 nyawa serta mencetuskan krisis kemanusiaan dan pelarian.

Serangan berkenaan sekali gus menamatkan tempoh tenang yang berlarutan berbulan-bulan di negara terbabit.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu menyaksikan pelancaran peluru berpandu anti-pesawat dari arah pangkalan tentera Wadi Seidna, berhampiran bandar Omdurman.

Pada masa sama, saksi di bandar Atbara dan El-Damer yang dikuasai pihak tentera turut melaporkan letupan serta kelibat dron di udara.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai jumlah kemalangan jiwa.

Sejak April 2023, Sudan berdepan kemusnahan akibat perang saudara antara Angkatan Tentera Sudan yang dipimpin Abdel Fattah al-Burhan dan kumpulan Rapid Support Forces (RSF) di bawah arahan Mohamed Hamdan Daglo.

Pertikaian kuasa antara dua bekas sekutu ini telah mengorbankan lebih 200,000 nyawa serta mencetuskan krisis kemanusiaan dan pelarian terbesar di dunia.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.