Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran selamat dikebumikan

Foto RTM

PUCHONG, 11 Ogos — Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Putra Perdana, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Solat jenazah di Masjid Taman Putra Perdana kira-kira pukul 9.00 pagi, dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, sahabat dan kenalan.
  • Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan kira-kira pukul 9.40 pagi selepas solat.
  • Allahyarham, 73 tahun, meninggal kira-kira pukul 5.51 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  • Pernah menerajui Jabatan Penyiaran Malaysia dari 2003 hingga 2009, meninggalkan seorang balu dan enam anak; pemergian dirasai keluarga dan warga penyiaran.

Jenazah disolatkan di Masjid Taman Putra Perdana kira-kira pukul 9.00 pagi, dengan dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, sahabat serta kenalan.

Selesai solat jenazah, jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah sebelum selamat disemadikan kira-kira pukul 9.40 pagi.

Suasana hiba menyelubungi upacara pengebumian apabila ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir serta mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.

Allahyarham, 73 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.51 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham pernah menerajui Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai Ketua Pengarah Penyiaran selama enam tahun, dari 2003 hingga 2009.

Allahyarham meninggalkan seorang balu serta enam orang anak, terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat keluarga serta warga penyiaran tanah air.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.