
JOHOR BAHRU, 11 Ogos – Johor menyasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menerusi pemantauan berterusan terhadap 69 projek pembangunan di negeri berkenaan.
- 47.9 peratus projek pembangunan telah siap, 36.2 peratus dilaksanakan dan 15.9 peratus dalam proses kelulusan.
- Fokus pada 12 projek utama negeri; lapan siap dan empat sedang dilaksanakan termasuk naik taraf Bangunan Sultan Ibrahim.
- Pemantauan diperkasa untuk memastikan projek disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata daripada jumlah itu, 33 projek atau 47.9 peratus telah siap.
Manakala 25 projek atau 36.2 peratus sedang dilaksanakan dan 11 projek atau 15.9 peratus masih dalam proses kelulusan.
“Fokus turut diberikan kepada 12 projek utama di seluruh Johor dengan lapan daripadanya telah siap dan empat lagi dalam pelaksanaan.
“Ia termasuk naik taraf Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, penyelesaian banjir Kampung Mohd Amin, sistem perparitan Jalan Datuk Sulaiman, Santuari Buaya Tanjung Langsat, Johor Bahru dan Pusat Rekreasi Sungai Lebam, Pengerang,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah beliau, pemantauan akan terus diperkasa bagi memastikan setiap projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.