Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

Foto JBPM Kelantan

TANAH MERAH, 11 Ogos – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kampung Batu 9, Lebuhraya Timur Barat, Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima menerusi NG999 pada pukul 11.44 malam.
  • Mangsa berusia 39 tahun tersepit di bahagian pemandu; pemotong hidraulik digunakan untuk mengeluarkan.
  • Operasi melibatkan lima anggota dan tamat sepenuhnya pada pukul 12.28 tengah malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan 1, Mat Nuri Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu menerusi NG999 pada pukul 11.44 malam.

“Pasukan bomba kemudian tiba di lokasi pada pukul 11.50 malam dan mendapati sebuah kenderaan terbabas dan terbalik ke dalam parit.

“Lelaki berusia 39 tahun itu didapati tersepit di bahagian pemandu.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas pemotong ‘hydraulic cutter’ untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan,” katanya menerusi kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi yang turut melibatkan lima anggota itu tamat sepenuhnya pada pukul 12.28 tengah malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.