Lapan maut kereta lumba terbabas rempuh penonton di Indonesia

Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial/ TikTok: apumongondownesia

JAKARTA, 10 Ogos- Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah kereta lumba terbabas dan merempuh penonton ketika perlumbaan di Kotamobagu, Sulawesi Utara, Indonesia pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa mangsa cedera dirawat di unit rawatan rapi, seorang lagi dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
  • Polis menyoal beberapa saksi termasuk pemandu kenderaan berkenaan bagi membantu siasatan.
  • Saksi berkata kereta lumba terbabas sejurus selepas perlumbaan bermula sebelum merempuh penonton.

Ketua Polis Sulawesi Utara, Roycke Harry Langie berkata lapan mangsa yang cedera kini dirawat di unit rawatan rapi, manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, polis telah menyoal beberapa saksi termasuk pemandu kereta berkenaan bagi membantu siasatan.

Seorang saksi, Areng Mokoginta berkata kemalangan berlaku apabila kereta lumba terbabit terbabas sejurus selepas perlumbaan bermula sebelum merempuh penonton. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.