200 anak muda Melaka berpeluang terima manfaat Dana Pelancongan Belia

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. / Foto Fail BERNAMA

AYER KEROH, 10 Ogos – Seramai 200 anak muda berusia 20 hingga 35 tahun berpeluang menerima bantuan sehingga RM10,000 seorang untuk memulakan perniagaan berkaitan sektor pelancongan menerusi Dana Pelancongan Belia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM500,000 disediakan untuk menggalakkan anak muda menceburi keusahawanan pelancongan.
  • Peluang perniagaan termasuk jualan cenderamata, pemandu pelancong dan perkhidmatan berkaitan sektor pelancongan.
  • Kerajaan negeri menawarkan latihan dan bimbingan kerana Melaka asasnya negeri pelancongan.
  • Melaka menerima lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun, mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi inisiatif itu sebagai usaha menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang keusahawanan pelancongan.

“Yang berminat untuk menceburi perniagaan pelancongan, jualan cenderamata atau menjadi pemandu pelancong, terpulang kepada mereka apa yang mahu dilakukan.

“Kita boleh asuh dan latih kerana Melaka asasnya adalah negeri pelancongan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Melaka menerima lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan pilihan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.