Tenis Terbuka Toronto: Elena Rybakina mara ke pusingan keempat

Bintang tenis Kazakhstan, Elena Rybakina / AFP

TORONTO, 8 Ogos -Juara Terbuka Australia Elena Rybakina mengesahkan tempat ke pusingan keempat Kejohanan WTA Masters Toronto pada Jumaat selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat Ann Li 6-2, 7-5.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rybakina memanfaatkan lima daripada enam peluang break dalam perlawanan selama 90 minit.
  • Pilihan kelima Mirra Andreeva tersingkir selepas tewas kepada tuan rumah Leylah Fernandez.
  • Rybakina menanti pemenang Samsonova lawan Maya Joint; Fernandez akan bertemu pemenang Osaka lawan Mertens.

Pemain nombor dua dunia dari Kazakhstan itu mengambil masa 90 minit untuk menundukkan pilihan ke-28 kejohanan berkenaan selepas berjaya memanfaatkan lima daripada enam peluang ‘break point’.

Rybakina, yang juga bekas juara Wimbledon 2022, bakal menantikan pemenang perlawanan antara pemain Rusia Liudmila Samsonova dan wakil Australia Maya Joint bagi penentuan tempat ke suku akhir.

Dalam pada itu, saingan kejohanan menyaksikan kejutan apabila pilihan kelima dari Rusia, Mirra Andreeva tersingkir selepas ditewaskan pemain tuan rumah, Leylah Fernandez 6-1, 6-4.

Fernandez yang juga pilihan ke-30 kejohanan tampil dominan dengan memenangi 24 daripada 27 mata menerusi pukulan servis untuk menundukkan juara Terbuka Perancis berusia 19 tahun itu dalam tempoh 80 minit.

Pemain Kanada itu bakal menentang pemenang perlawanan antara juara empat kali Grand Slam dari Jepun Naomi Osaka dan wakil Belgium Elise Mertens.

Turut melangkah ke pusingan keempat ialah pemain muda Rusia berusia 19 tahun Alina Korneeva selepas mengejutkan pilihan ke-13 dari Amerika Syarikat Iva Jovic 6-3, 6-4.

Korneeva dijadual menentang pemenang perlawanan tumpuan antara pilihan keempat dari Amerika Syarikat Coco Gauff dan pemain Greece Maria Sakkari. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.