
KANGAR, 6 Ogos – Program Raudhatul Sakinah atau Pengurusan Jenazah yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kangar memberi peluang kepada 67 peserta dalam kalangan muslimah mewakili Parlimen itu menimba ilmu fardu kifayah.
- Membolehkan peserta memahami tatacara pengurusan jenazah dengan betul menurut syariat Islam.
- Menanam rasa keinsafan dan kesedaran bahawa pengurusan jenazah adalah amanah yang perlu dikongsi bersama masyarakat.
- Memberi manfaat peningkatan sahsiah, pengukuhan nilai insaniah serta pengalaman praktikal diaplikasi dalam kehidupan komuniti.
- Kursus dikendalikan oleh Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis dan dirasmikan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar.
Menurut Penyelaras Program, Firdaus Tanzali, inisiatif pelaksanaan program berkenaan membolehkan setiap peserta memahami tatacara pengurusan jenazah dengan betul menurut syariat Islam.
“Program sebegini membolehkan setiap peserta memahami tatacara pengurusan jenazah dengan betul menurut syariat Islam, sekali gus menanam rasa keinsafan dan kesedaran bahawa ia merupakan amanah yang perlu dikongsi bersama masyarakat.
“Manfaat lain yang turut diperoleh termasuklah peningkatan sahsiah diri, pengukuhan nilai insaniah serta pengalaman praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian khususnya menguruskan jenazah diperingkat komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Raudhatul Sakinah KEMAS Parlimen Kangar di Dewan Bukit Kaya, Taman Bukit Kaya di sini yang dirasmikan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali.
Kursus berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis.