Lelaki hilang ditemukan maut di longkang WCE

Foto hiasan

BAGAN DATUK, 6 Ogos – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak 29 Julai lalu terjawab, susulan penemuan satu rangka manusia di dalam longkang di Kilometer 155.7, Lebuhraya WCE arah selatan, di sini pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penemuan disedari kira-kira pukul 3.39 petang selepas pekerja pembersihan terhidu bau busuk ketika memotong rumput.
  • Siasatan awal percaya mangsa menunggang motosikal seorang diri dari Teluk Intan ke Sabak Bernam sebelum terbabas ke kiri jalan.
  • Turut ditemui barangan peribadi termasuk telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai milik mangsa.
  • Mangsa disahkan lelaki Melayu berusia 35 tahun, dilaporkan hilang pada 29 Julai; kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian disedari kira-kira pukul 3.39 petang, selepas seorang pekerja pembersihan kawasan terhidu bau busuk ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal mempercayai mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam, sebelum terbabas ke kiri jalan lalu terjatuh.

“Turut ditemui bersamanya adalah barangan peribadi termasuk telefon bimbit, pasport Malaysia, dan wang tunai milik mangsa.

“Semakan lanjut mengesahkan, mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 29 Julai lalu,” menurut kenyataan itu.

Kes kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.