
SEOUL, 5 Ogos- Liga Profesional Bola Lisut Korea Selatan (KBO) membatalkan semua perlawanan yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis susulan gelombang haba melampau yang menjejaskan keselamatan pemain dan penonton.
- Suhu rekod 42.5 darjah Celsius direkodkan, dengan beberapa penonton mengalami masalah kesihatan berkaitan haba.
- Sepuluh perlawanan dibatalkan di seluruh negara; KDCA merekod 2,221 kes berkaitan haba termasuk 19 kematian.
- KBO akan mengadakan mesyuarat kecemasan bersama wakil kelab dan persatuan pemain untuk bincangkan langkah keselamatan tambahan.
KBO memaklumkan keputusan itu dibuat selepas suhu mencecah paras rekod 42.5 darjah Celsius pada Ahad, selain beberapa penonton dilaporkan mengalami masalah kesihatan berkaitan haba.
“Kami memutuskan untuk membatalkan semua perlawanan pada 5 dan 6 Ogos sehingga langkah keselamatan menyeluruh diwujudkan,” menurut KBO dalam kenyataan.
Menurut laporan tempatan, 10 perlawanan di seluruh negara dibatalkan, manakala Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) merekodkan 2,221 kes berkaitan haba termasuk 19 kematian antara 15 Mei hingga 3 Ogos.
KBO akan mengadakan mesyuarat kecemasan bersama wakil kelab dan persatuan pemain bagi membincangkan langkah keselamatan tambahan.
Liga tersebut sebelum ini membatalkan dua perlawanan pada Selasa di Stadium Jamsil, Seoul dan bandar Gwangju selepas beberapa penonton rebah akibat cuaca panas. -AFP