Australia pertahan larangan media sosial bawah 16 tahun

Foto Reuters

SYDNEY, 1 Ogos – Kerajaan Australia mempertahankan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun meskipun data terbaharu menunjukkan lebih 80 peratus remaja di negara itu masih menggunakan platform berkenaan tiga bulan selepas sekatan itu dilaksanakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mempertahankan larangan, menegaskan ia penting dalam perbincangan nasional mengenai keselamatan digital anak.
  • Dasar meningkatkan kesedaran tentang perlindungan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak dalam era digital.
  • Australia antara negara pertama melaksanakan larangan bagi menangani kesan penggunaan media sosial berlebihan.
  • Pematuhan masih mencabar, manakala syarikat media sosial mengkritik keberkesanan dan pelaksanaan dasar itu.

Timbalan Menteri Produktiviti, Persaingan, Amal Kebajikan dan Perbendaharaan, Andrew Leigh, berkata larangan tersebut sudah menjadi pencetus perubahan penting dalam perbincangan nasional, khususnya dalam kalangan ibu bapa mengenai kesan penggunaan media sosial terhadap golongan muda.

“Dasar itu sebagai perubahan besar yang berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan melindungi kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak dalam era digital,” katanya.

Australia memperkenalkan larangan berkenaan pada Disember lalu, menjadikannya antara negara pertama di dunia yang mengambil langkah sedemikian.

Berikutan kebimbangan terhadap kesan negatif penggunaan media sosial secara berlebihan terhadap perkembangan kanak-kanak.

Bagaimanapun, cabaran besar masih dihadapi dalam memastikan pematuhan sepenuhnya apabila badan pengawal selia internet negara itu mendapati sebahagian besar remaja masih aktif di platform media sosial walaupun sekatan telah berkuat kuasa.

Dasar itu kini menjadi perhatian antarabangsa, dengan beberapa negara lain turut menilai pendekatan Australia dalam menangani isu keselamatan digital kanak-kanak.

Pada masa sama, langkah tersebut menerima kritikan daripada syarikat-syarikat media sosial, terutama yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang mempersoalkan keberkesanan dan pelaksanaannya.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.