Malaysia kekal destinasi pelancongan mesra Muslim nombor satu dunia

Chiew Choon Man/ RTM

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim nombor satu dunia apabila menduduki tangga teratas Indeks Pelancongan Muslim Global 2026 (Global Muslim Travel Index, GMTI) bagi tahun ke-11 berturut-turut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan terus memperkukuh ekosistem pelancongan mesra Muslim melalui kerjasama strategik dan pembangunan standard di peringkat antarabangsa.
  • Program MFA diketuai Islamic Tourism Centre diperkasakan dengan penyertaan aktif pemain industri.
  • Lebih 100 pemain industri termasuk hotel, taman tema dan pusat konvensyen memperoleh pengiktirafan MFA.
  • Kerjasama antarabangsa dengan Rusia, China, Filipina dan Sri Lanka dikembangkan bagi berkongsi kepakaran dan membangunkan standard pelancongan mesra Muslim global.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata pencapaian itu mencerminkan kejayaan usaha berterusan kerajaan memperkukuh ekosistem pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama strategik dengan industri serta pembangunan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Program Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFA) yang diterajui Islamic Tourism Centre (ITC) terus diperkasakan dengan penyertaan pemain industri.

“Setakat ini, lebih 100 pemain industri pelancongan termasuk hotel, penginapan, taman tema, pusat konvensyen dan produk pelancongan lain telah menyertai program serta memperoleh pengiktirafan MFA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan mengenai pencapaian ITC dalam memperkukuh pelancongan mesra Muslim Malaysia di peringkat antarabangsa di Dewan Negara hari ini.

Chiew berkata Malaysia turut memperluas kerjasama antarabangsa dengan beberapa negara termasuk Rusia, China, Filipina dan Sri Lanka bagi berkongsi kepakaran serta membangunkan standard pelancongan mesra Muslim di peringkat global.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.