
LONDON, 23 Julai – Pemain sayap Greece, Christos Tzolis melengkapkan perpindahan ke kelab Arsenal menerusi kontrak jangka panjang.
- Laporan Britain menyatakan nilai perpindahan sekitar £34 juta dari Club Brugge.
- Beliau menggantikan Leandro Trossard yang telah berhijrah menyertai Besiktas.
- Di Club Brugge beliau catat 108 penampilan, 43 gol, 45 bantuan dan memenangi Piala Belgium serta anugerah Pemain Terbaik liga.
Ketika mengumumkan perkara itu, juara Liga Perdana Inggeris itu bagaimanapun tidak mendedahkan nilai perpindahan tersebut.
Namun, laporan media Britain menyebut pemain berusia 24 tahun itu dibawa masuk daripada kelab Belgium, Club Brugge, dengan nilai sekitar £34 juta pound (AS$45 juta).
Tzolis adalah pengganti kepada Leandro Trossard yang telah berhijrah menyertai Besiktas.
Beliau merupakan pemain ketiga dibeli The Gunners pada jendela perpindahan kali ini dalam tempoh 48 jam selepas kelab itu gagal mendapatkan khidmat pemain tengah England, Morgan Rogers.
Rogers memilih menyertai Chelsea menerusi perpindahan yang dilaporkan bernilai £117 juta pound (AS$157 juta), sekali gus memecah rekod perpindahan pemain Britain.
Sepanjang dua musim cemerlang bersama Club Brugge, Tzolis melakukan 108 penampilan dalam semua pertandingan dengan sumbangan 43 gol dan 45 bantuan jaringan.
Beliau turut membantu kelab Belgium itu menjulang Piala Belgium pada 2025 sebelum dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Belgium musim ini ketika Club Brugge merangkul kejuaraan liga. – AFP