Banjir : 41 nyawa terkorban, ribuan ternakan dihanyutkan arus

Operasi menyelamat telah dilaksana dengan kerjasama semua agensi / Foto AFP

NEW DELHI, 23 Julai – Sekurang-kurangnya 41 nyawa terkorban, manakala ribuan ternakan dihanyutkan arus akibat banjir yang melanda negeri di timur laut India.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan lebat luar biasa melebihi paras normal merosakkan kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda bencana.
  • Operasi menyelamat dipergiat dengan kerjasama Tentera Udara India, Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) dan Kebangsaan (NDRF).
  • Hampir 150 pusat pemindahan sementara dibuka menempatkan hampir 30,000 penduduk, dengan lebih 1,800 kampung terjejas.

Menurut pihak berkuasa tempatan, serentak itu operasi menyelamat dan bantuan terus dipergiat.

Menerusi hantaran di media sosial, Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma memaklumkan hujan lebat luar biasa yang melebihi paras normal telah mengakibatkan kemusnahan di lokasi yang tidak pernah dilanda bencana itu.

“Operasi menyelamat telah dilaksana dengan kerjasama semua agensi termasuk Tentera Udara India, Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF).

“Hampir 150 pusat pemindahan sementara juga telah dibuka bagi menempatkan hampir 30,000 penduduk terjejas berikutan lebih 1,800 kampung terjejas setakat ini,”katanya.

Minggu lepas, sekurang-kurangnya 19 individu maut akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Nagaland dan Kashmir.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.